Kisah Tiga Sahabat

Kisah si buta, si pekak dan si juling.

Kata lawak tak lawak terpulang kepada anda untuk menilainya. Saya bercerita pasal tiga orang  bersahabat  semenjak kecil lagi. Mereka bertiga memang tinggal sekampong. Mereka ini tak pernah berpisah dari budak hingusan lagi. Kini mereka dah meningkat remaja. Persahabatan mereka bertamba akrab. Mereka bermain dan bergurau sendah bersama-sama. Cuma tiga kawan karib ini ada kecacatan masing-masing. Yang satu,  Buta kedua belah mata. Yang seorang lagi pekak dan yang ketiga pula juling. Mungkin kerena inilah mereka bertiga tak pernah berpisa atau pun bergaduh. Kedang-kedang mereka saling tidur bersama-sama.  Mereka bergilir-gilir tidur, lepas di rumah si buta ke rumah si pekalah pula dan seterusnya, asalkan mereka tidak berpisah. Walau pun mereka bertiga ini cacat, mereka tidak perna merungut. Kecacatan itu tidak melemahkan semangat mereka untuk terus berusaha dan berdikari. Pekerjaan mereka ialah nelayan. Memancing ikan di laut.

Suatu hari mereka terdengar cerita orang kampong pasal felim baru yang akan di tayangkan keesokan harinya. Mereka pun bercadang untuk menonton felim itu buat julung kalinya, yang di katakan hebat oleh orang-orang kampong. Hari tayangan felim tersebut dah tiba. Tiga sahabat itu pun cepat-cepatlah pergi ke panggung wayang di pekan dekat dengan kampong mereka. Sampai sahaja kat panggung wayang itu, mereka terus membelih tiket. Nasib baik mereka datang awal. Taklah susah bagi mereka untuk membelih tiket. Kalau tak, terpaksalah mereka berbaris. Biasalah felim baru dan hebat pasti banyak orang menontonya.

Selesai membelih tiket, tiga sahabat itu  pun masuklah ke panggung wayang dan mencari tempat duduk masing-masing. Nombor tempat duduk mereka berturutan. Si buta dibimbing oleh dua orang kawannya ke tepat duduknya. Tak lama kemudian wayang dah pun bermulah. pada mulanya, mereka bertiga seronok menononton wayang itu. Belum  sampai 10 minit wayang itu ditayangkan, si buta sudah mula merungut.

Dialognya;

Buta: “Ah! apalah punya felim, konon hebat. Hebat apanya kalau tak ada gambar”.

Pekak: Manalah, kau tu yang tak nampak. Jelasnya felim ni. Tapi masalahnya tiada suara”.

Juling:  “Heh!!!heh!!.. bisinglah kamu. Kamu berdua ni pekak ke, buta?. Gambar yang jelas kata gambar tak adah. suara  tak adah. kuatnya suara. memang hebatlah felim ni. masalahnya saya tak boleh tumpuhkan dengan satu felim sahaja. Adaka patut mereka tayangkan dua felim sekaligus?, felim yang sama pula tu.

Kerena tidak mahu bertengkar. Mereka bertiga bersatuju untuk keluar dan meminta semula duit pembelih tiket tadi.

Di kaunter panggung wayang.

Buta: “Cik..cik, Saya mau minta balik duit pembelih tiket tadi tu. Apalah felim kamu tu kata hebat. Hebat apa kalau tidak bergambar”.

Penjaga kaunter tersenyum senis. (Sama ada kasian atua pun malas nak bertangkar dengan si buta), dia menghulurkan duit seringgit kepada si buta.

Pekak: Ala, bukan bagitu cik, bukannya tak bergambar sebenarnya felim tu. Tapi tak ada soundlah. Minta balik duit ku”.  Penjaga kaunter mengambalikan duit si pekak sambil menggiling-gilingkan kepalanya. “Dalam hatinya, siapa suruh menonoton dah tau catcat, pekaklah butalah mau juga menonton. Merungut pula tu”.

Juling: “Tepi!,,tepi!, Apalah, kamu ni kamu pekak ke buta. Kata tak ada suaralah tak ada gambarlah. Jelasnya felim tu. Soundnya pun kuat. Tapi cik, saya tak dapat menumpuhkan perhatian saya. Adaklah patut dua felim di tayangkan serentak?. Mana boleh macam tu?”. minta juga duit ku cik”.Penjaga kaunter tu tersenyum kambing dan mengangguk-anggukan kepalanya. Dia nak kenakan mereka.

Penjaga Kaunter: “Nanti,..Nanti, awak kata tadi dua felim ditayangkan serentak ya? Si buta tadi kata tak ada gambar. si pekak pula kata tak ada sound. Awak pula  kata dau felim di tayangkan serentak. Yang mana satu betul ni? Kalau macam tu kau kena bayar dua kali. Mari seringgit lagi.

Juling: “Eh…eh kenapa pula saya kena bayar dua kali?” Dua orang kawan saya tadi tu kau kasi balik duit mereka.

Penjaga Kaunter: “Yalah, Yang seorang tu tak nampak gambar. Seorang lagi tu tak dengar suara. jadi saya bagilah balik duit mereka. Awak Dua felim yang kau tengok, jadi kau kena bayar dua kalilah. Cepat kalau tak saya panggil polis”.

Dengar jak perkataan polis si juling terus melimparkan duit seringgit ke dalam kaunter itu dan  mengajak kawan-kawannya pulang. Cepat-cepat mereka meninggalkan panggung wayang itu.

Cerita ini direka untuk hiburan semata-mata dan tiada kena-mengena dengan orang lain, sama ada hidup mahu pun yang sudah mati. Jika ada yang berkenaan dalam kehidupan sebenar, ianya hanyalah  secara kebetulan sahaja dan tidak di sengajakan.

Harap maaf dan selamat membaca.

Kata kata ahkir saya:

“Ukurlah baju di badan sendiri”. Jangan melakukan kerja di luar kemempuan kita.

Janganlah mempermainkan orang kurang upaya. Mereka juga manusia seperti kita.

Jangan memandang renda pada diri sendiri. Usaha gigi dan keyakinan diri akan mengubah masa depan seseorang yang berusaha dan yakin pada deri sendiri. Buatlah kerja atas kemampuan deri masing-masing.

wassalam. Wallahu’alam

~ oleh myownideasblog di 25 Disember 2010.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: