5 Tips & Cara Menghilangkan Stress

Kali in Saya kongsikan kepada anda tips-tips untuk menghilangkan stess. Walau pun maklumat ini saya hanya copy dan paste sahaja dari sumber lain, tidak bermakna saya dah ketandusan idea. Banyak idea yang kita ada sebenarnya. Saya sengaja   melalakukan ini kerena pada masa tu, saya terasa stress sekali. dan saya mencari maklumat  cara-cara untuk menhilangkan stress dan inilah yang saya jumpai.  Lalu saya  terfikir untuk memblogkanya. Manalah tahu ada yang belum mengatahuinya. Sekiranya ada pembaca blog saya ni, dapatlah saya kongsikan kepada mereka yang berminat.

Pada masa kini memang kebanyakan orang sibuk berkerja. Kadang-kadang masaalah kerja adalah satu punca stress. masaalah keluarga da bermacam-macam lagi masaalah yang mungkin sukar untuk kita tengeninya. maka dengan itu lebih baik jika ada sedikit-sebanyak peringatan bagi kita semua. Ada juga sesetanga orang yang berpengatahuan tinggi, tapi gagal untuk menengani stress. Yang lebih menyedihkan ada yang sampai tahap bunuh diri. Jika bukan membunuh orang lain kerena tidak dapat mengawal emosi disebabkan stress.

Saya sedia muklum bahawa golongan-golong profisional dah pun tahun cara-cari ini, tapi ada masanya kita terlalai. Jadi apa salahnya kalau saya kongsikan tips-tips  ini sebagai  peringatan? Saya rasa tak salahkan? Jadi cubalah baca tips-tips untuk menghilangkan stress di bawa ini.

Contributed by: code7

Stress atau tekanan emosi merupakan suatu lumrah dalam kehidupan. Terdapat 2 jenis stress ini iaitu stress yang

positif dan stress yang negatif. Jika stress jenis positif ini sebenarnya membawa kepada manfaat yang baik serta tidak

menjadi bebanan yang terlampau serius dalam kehidupan seharian. Manakala stress yang negatif boleh membawa

risiko yang buruk terhadap emosi maupun kesihatan diri. Sehubungan itu saya mengetengahkan 5 tips & cara

menghilangkan stress dengan berkesan iaitu :

1 – Mulakan dengan teknik mengawal pernafasan dengan tenang dan tersusun. Bernafas adalah perkara paling asas

dalam hidup manusia, tanpa pernafasan sememangnya sukar untuk hidup di dunia ini. Oleh itu gunakan udara yang

dianugerahkan tuhan ini untuk mengembalikan kesegaran di dalam minda dan jasad dengan secukupnya. Pejamkan

mata dan kosongkan fikiran.. tarik nafas perlahan-lahan dan sedalam-dalamnya.. berhenti seketika sebelum

menghembusnya dengan teratur. Ulang sehingga 7 kali dan ia akan memberi impak yang baik dengan oksigen yang

cukup di dalam otak dan badan untuk membolehkan kita mengatur semula kehidupan.

2 – Senyum dan aktifkanperasaan positif di minda. Ini teknik kuasa minda sejati, cara untuk aktifkan perasaan & fikiran positif ini adalah dengansenyuman dan fikirkan perkara-perkara yang menyeronokkan. Kita perlu ubah ‘mindset’ daripada negatif kepada positif dengan gabungan teknik visualisasi (imaginasi) & afirmasi (pernyataan positif). Sebagai contoh saya mahu berjaya dan saya impikan diri saya mendapat segalanya yang saya mahu seperti impian menjadi kenyataan, berjaya menggapai anugerah, dihormati dan dikagumi, terkenal dan mahsyur, berdiri di atas pentas mendapat tepukan gemuruh dan hebat daripada audiens serta lain-lain impian yang kita mahukan terjadi. Kita perlu ubah masalah menjadi peluang. Inilah masanya untuk kita senyum dan yakin dengan diri sendiri bahawa semua ini mampu diselesaikan dengan sabar, redha,gigih, cekal, yakin dan tawakal. Perasaan maupun fikiran positif seperti ini membolehkan kita melangkah lebih jauh dalam mengatasi apa jua masalah dalam hidup.

3 – Kenalpasti punca masalah dan buat keputusan (decision making)dengan penyelesaian strategik. Teknik menangani masalah ini kita boleh guna konsep PDCA iaitu Plan – Do – Check -Action. Dengan perancangan yang baik dalam mengatasi masalah saya rasa kita sudah mampu untuk kembali ke arah kejayaan.

4 – Berkongsi & melepaskan tekanan dengan beransur-ansur. Sekiranya stress dan tekanan itu terlalu kuat sehingga tidak mampu dikawal lagi maka teknik ‘melepas’ itu boleh disalurkan ke tempat yang betul sama ada dengan bersukan jogging, tinju punching bag, main pc games, ping pong, memancing atau lain-lain hobi yang dapat menenangkan perasaan kita. Boleh juga berkongsi masalah itu dengan kaunselor maupun orang yang terdekat yang memahami kita.

5 -Kembali kepada sumber segala motivasi & inspirasi TERAGUNG. Di sinilah yang membezakan

manusia yang percaya pada tuhan dan yang sebaliknya. Di dalam Islam, Allahu Rabbul Izzati adalah sumber segala

motivasi terbesar pada hambaNya. Bertuah orang-orang Islam ini dikurniakan Nabi Muhammad S.A.W serta mukjizat al-Quran yang amat besar manfaatnya. Oleh itu kaum muslimin muslimat jika dihayati Islam sebagai the “way of life” sudah tentu kita akan menemui ketenangan dan kedamaian di dalam hati dengan zikir, solat dan segala yang diperintahkan.Sehubungan itu jangan lupa tuhan dalam kehidupan seharian, banyakkan berdoa yang baik-baik, mohon

dipermudahkan urusan serta minta denganNya seikhlas hati untuk berjaya di dunia dan akhirat.

Semoga dengan adanya tips-tips ini dapatlah kita mengawal emosi kita. bagi yang panas baran tu faham-faham je la ya?

hi hi..( senyum}

Wassalamualaikum warahmatullahi walbarakatuh

~ oleh myownideasblog di 24 November 2010.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: