Jangan Tipu

Cerita dari Saya

Cerita ini berlaku di kampung halaman saya sekitar tahun 70-anIbu bapa bertanggungjawab untuk menyekolahkan anak-anak, namun kesungguhan anak-anak itu untuk memajukan diri terletak di tangan mereka kerana hendak seribu daya mahu seribu cara.

Budak Nakal
Muluk, seorang anak kaum bajau yang tak makan saman. Nasihat ibu bapa tiada diturutnya. dia juga adalah seorang yang pemalas. Semasa menuntut di sekolah rendah, bermula dari tahun satu hingga tahun enam dia asyik ponteng kelas dan ponteng sekolah. Untuk  menipu ibu bapanya,dia hanya mendengar guru Bahasa Inggeris mereka menerangkan pelajaran kepada rakan sekelasnya. Bukan di dalam kelas tetapi hanya melalui luar jendela kelas mereka.. Muluk  hanya menghafal empat perkataan bahasa inggeris iaitu: “YES”, “NO”, “OK” dan “VERY GOOD” yang telah didengari olehnya melalui cikgu mereka…
Setiap kali balik ke rumah perkataan tulah yang disebut-sebutnya nak bagi dengar orang tuanya yang memang tak pernah kesekolah. Pendek kata buta huruflah.. Si ibu dan bapa ni pula banggalah dengan pencapian anak mereka tu. Sambil berbisik mak berkata, ” Eh bang, pandai anak kita dah tau cakap Inggeris,” .” Yalah, kan dia sekolah taklah macam kita ni satu huruf pun tak tau ” dengan senyuman lebarnya si bapak menjawab dengan berbisik, tak mau anak mereka tu terganggu belajar. Muluka tiba-tiba berkata ” mak pak saya dah pandai inggeris, kamu dengar ya.. Disebutnyalah 4 perkataan inggeris tu dengan kuat “YES!, NO!, OK!, dan VERY GOOD!” sambil memegang buku latihanya  entah apa  yang ditulisnya. Dipeluk dia oleh mamaknya, ,sementara bapa pula mengusap-usap kepala Muluk dan berkata ” Nilah baru anak bapak ha…ha..ha… pandai” dengan penuh rasa bangga..
Sebenarnya Muluk tidak pernah  masuk sekolah dia hanya mendengar  guru mengajar murid-murid lain dari luar kelas sehinggalah dia dapat menghafal 4 perkataan tersebut selama enam tahun.  Yang dia buatnya sepanjang waktu tu adalah memenjat pokok jambu orang, pergi melastik burung, dan mandi sungai. Boleh di kata asyik main saja setiap hari.
Pergi Melancong
Perangainya sebagitu berlarutan sehinggalah dia tamat sekolah menanga, keputusannya, kamu agak apa? GAGALlah.. Oleh kerana gagal dan tak dapat kerja yang baik terpaksalah dia ikut bapanya  ke laut untuk menananam agar-agar( sejenis rumpai laut ) yang memang mahal harganya dan pencarian utama kaum bajau waktu tu.
Satu hari, 5 orang rakan sekelasnya dan juga kawan karibnya dah nak masuk U. Dapat tawaran  Unibersiti di Semananjung. Mengajaknya mengikuti mereka ke Semanajung.  Lima orang rakanya masing-masing dengan tawaran menuruskan pelajaran ke sekolah tinggi. “Buat  apa saya ikut?” tanya Muluk bertanya. Seorang dari rakannya menjawap ” lah tengok keadaan sanalah melancong ke, manalah tau kaw dapat kerja di sana” kata Farid. “Ya” serantak jawab empat lagi rakanya; Abdulsalih, Kadir, Takbirul dan Amir. Setelah Muluk meminta izin dari ibu bapaknya dan membenarkanya, mereka pun dah bersedia nak bertolak.
sehari sebelum perjalanan mereka berenam, ibu bapa mereka masing-masing sibuk menyadiakan bekalan makanan dalam perjalanan mereka. (Dulu orang pergi ke Semananjung naik feri lagi, jarang yang naik kapal terbang, dahlah tu, mahal lagi tambangnya. Lagi pun memang masa tu ferilah pengangkutan utama kelau menyeberangi lautan. Masa bertolak dah tiba, kegambiraan tak terhingga terukir di muka 6 sewakan.
Di Atas Kapal
Masa makan malam atas feri, keenam-enam masing-masing mengambil tempat duduk untuk menjemu selera. Makan malam, maknan dikeluarkan ‘ putu ‘ (makanan utama suku kaum bajau.diperbuat diripada ubi kayu yang di parut dan di kukus, menggunakan  tampurung bahagian atasnya yang berlubang tiga  dan periuk tanah liat ,). Bila semuanya sudah sedia, mereka pun makanlah dengan lahapnya.Apa tidaknya, putu degan ikan bakar memang sedap di makan. Beberapa minit berlalu, Muluk pun dah kenyang, dia minum air bekelannya yang di isi di dalam botol cola, masaalahnya lima orang kawan-kawannya lupa nak bawa air. Airnya dah habis di minumnya. Seorang kawan menyuruhnya minta air dengan pekerja kapal. Dia pun pergilah,  cari- punya cari tak jumpa pun anak-anak kapal. Dia berebisk pada diri sendiri ” mana orang punya kapal ni? Ah, baik saya tanya penumpang ni” mereka berjumpa di bahagian belakang kapal. “Pak cik di mana boleh dapatkan air?” tanyanya. orang tu dalam lingkungan 40-an menjawab ” Cari air nak?, kau terus saja ke bahigian belakang tu” (dalam loghat orang sabah) menudingkan jarinya pada bahagian tandas kapal. ” kau baca saja ada tulisan di pintu tandas tu, ada untuk perempuan dan lelaki”, sambungnya  pakcik tu lagi. “Saya mana reti nak baca”, dalam hati Muluk, sementara menuruskan perjalanannya ke tempat yang ditunjuk oleh pakcik tu tadi. Akhirnya dia jumpa juga tandas tersebut.
Muluk terus buka pintu tandas tanpa melihat tulisan kat pintu, malangnya seorang wanita sedang buang air kat dalam tu, salahnya pula kenapa tak kunci, “Tolong!!!tolong!!!” jerit wanita kat dalam tandas, Karim terkejut dan terus lari. Nasib baik tak dah yang denger jeritan wanita tu di sebabkan bunyi bising enjin feri. walau pun dalam ketakutan dia sempat juga berfikir, kawan-kawannya sedang makan dan tak dah air untuk di minum, dia pun berpatah balik pergi ke tandas. Kali ni dia buka pintu yang satu lagi. ” uhm…. ini rupanya tempat ambil air” bisiknya pada dirisendiri. Tanpa berfikir panjang dia ambil penutup syampu yang ada dalam tandas tu dan meyauk air yang ada di dalam mengkuk tandas, dan mengisinya ke dalam botol cola yang dia bawa. Waktu dulu botol cola diperbuat dari kaca. Di percapatkan carita, ahkirnya dia pun sampai kat kawan-kawanya yang dah lama menunggu. Dah pun kering tangan dan mulut mereka.” Lah, kenapa lama?”, tanya Kadir sambil menghulurkan botol air pada Amir. “Berkongsilah kamu dengan air tu ya” katanya, dan terus mencaritakan apa yang berlaku kat tandas tu pada kawa-kawannya yang membuatkannya lambat. Mereka gelakkan dia, tak kering gusi dibuatnya. Muluk berdiam diri sahaja. Mereka tak sedar air yang mereka minum tu air apa?.Dah makan , dahpun minum, tunggu apa lagi mereka pun masing-masinglah ambil tempat untuk tidur.4:30 pagi Muluk bangun dulu dari kawan-kawannya, kononya dah tau tempat air, taklah susah baginya untuk cari air nak berus gigi dan basuh muka.” takpayalah mandi, susa-susa je”, kata dalam hatinnya. Dia pun pergilah ke tandas. Bila dia masuk, dia ternempak mangkuk tandus tu masi ada sisa najis. Mungkin orang yang buang air besar sebelum dia sempai tak siram dengan baik.  Apa lagi dia pun naik bengang dan dengan mengiling-gilingkan kepalanya bercakap sendiri, ” Apalah orang disini, pengotor betul. Elok-elok ada perigi yang cantik mengkilat, di buat macam ni” . Tiba-tiba seorang masuk dan menutup pintu tandas. dia pun menunggulah di luar. Bilah orang tu keluar mukanya sudah basa. Muluk tau orang tu sudah basuh muka “Eh, dia guna air tu untuk cuci muka?” Dia tak tau orang basuh muka di tempat yang memang disediakan. “Saya gunalah juga” dia masuk, dah nak celupkan tangannya ke dalam mengakuk tandas tiba-tiba seorang datang. Belum pun sampai tangannya kat air dalam mangkuk  tandas, Orang tu melarangnya ” Eh dek! dek!” kata orang tu tergesa-gesa. Dia pun terhenti untuk mencelupkan tangannya ” kenapa?” tanya Muluk pada orang yang melarangnya. “Awak tak boleh guna air tu……” belum  pun habis orang tu bercakap  dah di putungnya. “Kenapa, awak fikir awak saja ke yang boleh? Saya pun guna tikit kelas pertamalah bah bukan awak saja” Muluk sengka orang tu melaranrnya fasal tahap tikit tu.  dengan meninggikan suaranya berkata pada orang yang menegurnya tadi.Kononnya kalau tikit kelas pertama ni, tempat air pun ada kelaslah bersih dan mengkilat. Orang tu pun beradar dari situ tidak mahu  bergadu dengannya . Orang tu berfikir” Mungkin dia ni 99 orangnya?”. Muluk senanghati dapat basuh muka dengan air kat mangkuk tandas tadi. Keluar pintu tandas saja 5 orang kawannya dah ada situ menunggu. Dia bagitau kawan-kawanya pasal hal sebentar tadi. “Jadi awak ambil air yang kami minum malam tadi tu awak ambil kat situ?” tanya Amir, kawannya yang memang budak bising di antara mereka.” Yalah, manalah aku tau itu untuk tempat buang air besar” Takbirul memberi tau muluk, kalu tandas seperti ini kita kena flush yang bermaksud siram. Takbirul meyatakanya dalam bahasa Inggeris. ” Plus, untuk mengilak daripada malu pada kwan-kawan, dia berpura-pura faham. Mereka kerjakan Muluk bila mereka tau yang Muluk mengambil air yang diminum malam tadi tu rupanya air dari mangkuk tandas. Di bunuh saja tidak oleh lima orang kawannya  si Muluk, Nak buat macam mana? dimuntakan, dah terlambat dah kenah proses pun dalam perut mereka air tu.

Di Bandar KL
Sehari semalam perjalanan akhirnya tiba juga ke distinasi yang di tuju.” wah!!! besarnya bandar KL ni,” dengan hati yang berdebar-debar Muluk bekata dalam hati.” Cintiknya!!. Mereka berbiris turun dari feri dengan  perasaan  bercampur baur, mereka sajlah yang tau perasaan di hati. Mereka berenam terus ke perhentian bas. ” Muluk, awak macam mana nak ikut siapa? tanya Abdulsalih. Lima orang kawanya ni tak tinggal bersama, mereka masing dengan Unibersiti ikut tawaran mereka. “Tak apalah saya cari sedrilah Pakcik saya yang berkerja di KL ni” jawap Muluk. dia pun segan nak minta tolong pada kawan-kawanya untuk menhantarnya ke alamat pakciknya. dia ni ego sikit, tunjuk pandai, walau pun pada hakikatnya dia tak tau apa-apa. Bas pun dah nak bertulak, kawan-kawan masing mininggalnya di perhentian bas.Beberapa jam kemudian hari dah makin gelap, Muluk tak tau nak kemana. Dia ada bawa banyak duit, baru beberapa hari menjualkan agar-agar kering yang dia tanam bersama bapanya..
Bersendirian di Tenga Kota
Muluk  mengambil keputasan untuk berjalan kaki saja sematara berfikir  bagaimana ka caranya supaya dia sampai ke rumah pakciknya. Dah berjam-jam dia berjalan fikiranya buntu. Dia terasa lapar. Jam dah pun menunjukan pukul 9:00 malam. Dia merehatkan diri di satu tiang lampu di pembahagi jalan raya. Dia pun makan dengan makanan yang tersisa semasa di atas feri. Cukup untuk sekali makan saja. Selepas makan dia  merehatakan badan seketika. Barulah dia sedar betapa susahnya kalau tak tau apa-apa datang ke tempat yang jauh. Dia berkata pada dirinya sendiri “ Kalaulah aku minta tolong dengan kawan-kwan ku tadi taklah saya susah macam ni” kerana egolah dan suka pandang tinggi pada diri sendiri perkara ini terjadi padanya.
Tertipu
Apa-apa pun dia terpaksa meneruskan perjalannya, cari ikthiar agar dia boleh sampai ke rumah pak ciknya. Muluk sudah terasa penat dan mengantuk. Sepanjang jalan di bandaraya KL, tiap tiang lampu jadi tempat untuknya berihat  dan menyandarkan diri. Tiba-tiba ada tiga orang mendantanginya, “  Encik dari maner ni,? Nak kemaner,? Tanya bertubi-tubi oleh salah seorang  dari tiga orang tadi. “ Dia tak seberapa faham kata orang tu, loghat semananjung, “ Apa? Jawapnya dengan bertanya.  Dari Mana,? Mau kemana mana? Ulang seorang lagi, kali ini agak jelas perlahan sikit kata-kata yang seorang ini. “Oh, saya dari Sabah, nak cari pak cik saya yang berkerja  di sini.” Berapa lama suda kamu duduk kat sini? Tanya yang seorang lagi. “kami perhatikan awak menyanadar di setiap tiang lampu yang ada di sepanjang jalan Bandar ni” sambung orang tu lagi. “ Saya tidak ingat sudah berapa lama, tapi dari awal malam saya berjalan cari tempat tingal pak cikku. “ Kau tauka tiang lampu di Bandar berbayar 50 rinngit setiap tiang. Berapa tiang dah kau sandarkan?” Tanya orang tu lagi bila perasan yang Muluk ni orang kampung yang berkunjung ke Bandar. “Ahhh..ahh..” Muluk tergegap-gegap  menjawab.  Terdiam seketika semantara mengira- jari jemarinya. Kemudian dia mengangakat kepalanya. Dan dengan rasa tenang dia menjawab, “ sepuluh…., baru sepuluh tiang saya sendarkan tadi” jawapnya seperti ada sesuatu di dalam hatinya. “  Nah! Kalau bagitu, bayarlah cepat…cepat,cepat.”  Kata seorang daripada tiga orang tu. Seperti tergesa-gesa. Muluk pun mengambil duit  dari poket depan sebelah kanan seluarnya dan menghulurkanya kapada tiga orang tadi.  “Ni duitnya, ini sajalah duit yang saya ada” katanya lagi sementara memberikan helaian duit kertas berwarna biru. “ kiralah cukup tak cukup itu sajalah yang ada” katanya lagi. Satu dari pada tiga orang tu terus tarik duit tu dari gengaman Muluk dan cepat-cepat beredar dari tempat itu. Tiga orang tadi dengan bagitu capat menghilang di telan lorong yang gelap di celah dua bangunan yang tinggi laksana gunung Kinabalu. Muluk tersenyum sinis dengan berkata, “ hummm.. orang kata di bandar banyak orang penipu.orang kampung pun boleh tipu orang Bandar. Bukan sepuluh tiang saja aku sendarkan kalau 50 mungkin ada.” Muluk ketawa dalam hati dan rasa bangga pada dirinya, kononya dapat menipu tiga orang tadi. “Nasib baik saya ni bijak,” dia puji diri sendiri “ Mana dia orang tau aku simpan duit aku sepuluh ribu dalam istoken bawah tapak kakiku”.  Muluk memakai kasut berjenama Adidas. Waktu tu memang terkenal dan rebutan para remaja lingkungan tahun 80-an. Lagi pun tiga orang tu tidaklah ugut dia betul memendangkan dia tidak membawa bag. Dia mengisi pakainnya dalam beg  kartas yang orang gunakan untuk isi barang kalau membeli-belah Dulu beg untuk isi barang diperbuat dari kertas yang tebal. Tak seperti masa kini kita guna beg pelastik. Orang kampung panggil ‘ kompek.

Bungkusan…………..
Muluk masi mengalilingi Bandar KL. Malam dah nak subuh dalam perjalanannya yang tak tentu arah dia sampai ke Taman Negara dia berhasrat nak malalapkan mata sekejap. Kira-kira jam lima subuh dia terbangun. Tiba-tiba dia terasa sakit perut nak buang air besar, tapi kat mana? Dia teringat masa di pelabuhan siang kalmarin dia kena tegur oleh seseorang kerana membuang bungkusan roti yang mereka makan dengan kawan-kawannya. Kalau membuang sampa atau kotoran merat-rata di kawasan Bandar akan di kenakan denda. Bumgkusan tu dia pungut balik dan menyimpannya  dalam bag pakainnya. Capat-capat di ambilnya bungkusan roti tu. Dia pergi ke satu pokok yang agak besar dia berselindung di situ dan melepaskan keperluan perebadinya kat dalam bag kartas pembungkus roti tu. Sesudah itu. Dia menuruskan perjalanya yang entak kemana arah tujunya. Bungkusan tadi dibawanya  dia lipat mulut pembungkus roti tu dan dijinjing tangan kirinya dan di tangan kenannya pula bag pakain. Dia berjalan dan terus berjalan sehinggalah dia sampai di sebuah tempat yang secara kebetulan ada sekupaln orang yang berceramah mengenai berjimat cermat. Apabila dia sampai ke tenga-tenga kesesakan orang ramai, dia terpandang oleh orang yang berucap di atas pentas dan menyangka bungkusan yang dijinjingya tu adalah barang yang di belihnya. Orang tu memanggilnya ke pentas. Muluk dengan hairan menaiki pentas dengan diikuti oleh seorang daripada kupulan penceramah itu. Di atas pentas penceramah tu mengambil bungkusan yang di sebelah tangan kirinya. Dan meletakan di atas timbangan. “Contohnya ini barang yang encik belih ni. Kita kena berhati-hati apabilah kita membelih barang keperluan kita, kerana pada masa kini harga barang semakin meningkat. Ada pula tu yang menipu dengan timbangan”. Dengan memegang bungsan dari Muluk dia berkata semulah, “: Barang yang encik belih ni mungkin satu kilo, tapi bila kita timbang beratnya tak sampai pun satu kilo. Inilah contoh yang terbaik dan terbukti. Jadi janganlah kamu membelih brang-barang keperluan seharian anda dengan membuta tuli saja.” Penceramah tu menghulurkan semula bungkusanMuluk dan mengucapakan terima kasih kepadanya kerana sudi memberikan kerjasama untuk di jadikan cotoh bungkusanya itu. Muluk beredar dari tempat itu dan menuruskan perjalanannya. Dengan menggilingkan kepalanya dia berkata,” Apalah orang KL ni najis pun rupanya di jual. Di timbang lagi tu.” Muluk memeng hairan sebab dia tidak faham pun apa yang dikatakan oleh penceramah tadi. Maklumlah orang kampong. Terumanya dari bahagian pantai timur Sabah tak seberarpa faham bahasa orang Semanjung. Itu waktu dulu, lagi pun Muluk ni kurang pandai berbahasa melayu.Muluk terasa lapr. Mata hari panas tererik pada tengga hari itu. Dia meremas-remas perutya yang sudah memulas kelaparan. Dia fikir kali nak makan di restoran mewah tapi dia rasa berat hati pula disababkan tak biasa makan di tempat-tempat macan ni. ” Kata orang kalau makan di tempat mewah ni mau orang-orang  kenamaan saja yang berkunjung. Ah, biarlah belum cuba belum tau” dengan bersemangat Muluk berkata bagitu. Dari sebelah pagi lagi dia menyusuli jalan bandar yang sesak itu tapi tak terjumpa juga retoran, ke dia tak jumpa sebab tak tau baca. Setelah bagatu lama dia berjalan dia ternampak sebuah bangunan tinggi yang berpintu cermin dia mengintai  ke dalam melalui pintu tersebut dan terlihat ramai orang yang duduk di meja masing-masing sedang makan. Dengan tidak berfikir panjang dia membuka pintu bangunan itu. ” Di pintu ada tertulis TOLAK iainya jenis pintu yang apabila di buka tertutup sendiri. Dia menarik pintu itu, ” Eh kenapa ni kerasnya dibuka”. kata Muluk dalam hati. Di tarik lagi kali ini full habis sudah tenaganya, “Eh…Ehhh. ehhh..” tarik lagi, tariklagi. dia lepaskan pintu itu dengan hambusan napas separti orang yang sudah lari berpuluh kilometer jauhnya. Tiba-tiba seorang datng dan menolak pintu dengan bagitu senang terbuka. ” Sangkakan di tarik rupa di tolak”  Muluk mengelengkan kepalanya.
Muluk pun masuklah ikut orang tadi yang buka pintu tu. Muluk duduk di meja dekat dengan orang yang di ikurinya itu. Pelayan restoran memberikan buku menu makanan. Agar tidak diketahui yang dia tak pandai membaca, dia memegang menu itu dan berpura-pura membacalah menu itu. Tapi sudah beberapa minit dia pegang menu belum pun dia memesan makanannya. ” Bagi saya daging kambing bakar,” pesan orang yang sama demngan Muluk masuk tadi belum lagi habis orang itu memesan makanya Muluk pun ikut’. Daging kambing bakar” pesannya. ” Nasi goreng” orang di sebelahnya lagi pesan Muluk pun ikut. “Nasi goreng” semua orang hairan melihatnya semua dengan mengerutkan kening mereka.. Orang itu memesan lagi, ” Jus oren” bagitu juga dengan Muluk. Pokoknya apa saja yang di minta oleh orang tadi tu, dimnta juga oleh Muluk.
Makanan sudah siap dihidang Muluk mengitai-intai apa yang di buat oleh yang  samanya memesan makanan tadi di sebelah mejahnya. Dia tak pandai guna semua peralatan di situ siap dengan pisaunya, gerpu. sudu dan lain perlatan yang biasa digunakan di restoran mewah. Muluk ikut apa yang tu buat. Bila orang ambil gerpu dan pisau, demikian Muluk juga buat. Orang tu menghiris daging. Muluk juga menghiris daging kambing barnya. Sebenar Muluk tak selesa dengan semua benda tu, tapi kononya dia makan di restoran mewah malulah makan mengunakan tangan. Hiris punya hiris tak juga putus daging itu. Muluk menekan sekuatnya daging itu dengan gerpu dan menghirisnya. bergegar tangan Muluk kepayahan menghiris daging kambing itu piringnya berak kesana kemari. Ahkirnya terpotong juga daging itu, tapi alangkah terperanjat orang-orang yang ada di situ ” priing” bunyi piring yang jatu dari meja Muluk. Rupanya tempat daging kambing sudah bertaburan di lantai bersama-sama daging  kambing bakar itu. Nasib baik orang – yang ada di restoran itu  semuanya professional. Ketawa dalam hati saja. Jika tak malulah Muluk dibuatnta. Pelayan datang dan membersikan tempat itu. “Encik mau lagi daging kambing bakar?” Tanya pelayan dengan senyuman senisnya pada Muluk. “Tak apa. tak apa tak apa” jawap Muluk mengangkat kedua tangannya dan memberikan isyarat maksud yang sama ‘tak mau’. Muluk duduk diam saja sementara minum jus oren yang di pesanta sama-sama daging kambing itu. Kemudian orang yang di meja sebelah Muluh meminta sesuatu. “tissue” kata orang itu dengan agak kuat kerana masa pelayan tidak ada di kawasan itu. Kertas tisu yang disediakan di meja sudah habis. dengan tiba-tiba Muluk juga teriak. “Tisu”. Orang yang di ikut-ikut oleh Muluk mendatanginya dan berkata, ” Hey,hey awak ni dari tadi saya geram dengan awak tau, kenapa kamu mengajuk-ajuk kata-kata saya”. kata orang itu pada Muluk. Muluk tak dapat menjawap. dia tercegat di tempat duknya. ” Apa saja aku  katakan kau pun ikut, tadi saya tak peduli sebab saya fikir mungkin selara kita secara kebetulan sama. Tapi saya minta tisu kamu ikut juga itu yang buat merah ni.” kata orang itu. Muluk terus menjawap. ” Kenapa kau saja ke yang pandai makan tisu’. Riuh dalam restoran itu gara-gara jawapan Muluk. ” Oh, awak makan tisu. Ni nak ambil makan.” kata orang sambil melemparkan kertas tisu yang sudah buat lap mulut dan tanganya. Orang-orang di restoran itu terbahak-bahak ketawa. ” To atas meja kamu banyak, makanlah”. kata orang tu lagi. Muluk terdiam hanya menundukan kepalanya. Di sangkanya tisu di atas mejanya tu bunga hiasan.

Selasai makan, Muluk berhasrat untuk tidur di hotel. Dia sudah jerak, kelauy dia berjalan saja sepajang hari ini nanti terserampak lagi dengan orang jahat. Dia bertanya pada pelayan restoran itu. ” Cik di mana ada iempat untuk menginap?” tanya Muluk. Pelayan itu mengiringinya ke kaunter restoran itu untuk mendaftar masuk. Rupanya di atas restoran itu adalah hotel. Kareni di kaunter itu memanggil pelayan lelaki untuk menunjukan bilik pada Muluk. dia terasa  gambira, biliknya luas dan bersih hotel mewahlah katakan. Akhirnya dia tidur dengan lena malam itu.  Tidur di atas tilam yang lembut rasa Muluk dia seperti orang kaya. Muluk hanya menginap untuk satu malam di hotel itu.

Pagi,  pada keesokan harinya. Muluk ingin melepaskan hasrat. Dia pergi ke bilik air. Dia tersengi-sengi sendiri. “Hebatnya bilik air ni dahlah luas bersih harum lagi”. kata dalam hati. apa lagi dia pun melepaskanlah hasrat. sesudah selasai. dah bersihkan diri guna air pada tab mandi. Dia nak siram mengkuk tandas. tapi di tab mandi tu tak cukup gayungnya pun kecil. “Macam ni ya?” kta pada dirinya. Muluk tak tau manau mengunakan bilik air seperti ini Dia tak tau pun yang ada bahagian yang perlu di tekan. Fikir punya fikir, dia teringat kata-kata kawanya masa di feri.” Uhmmm. baru saya ingat kata. kawan ku kata mau plus.”  Dia berdiri deka-dasdnekat menghadap mangkuk tandas dan berkata, ” Plus,plus,plus.” tak ada pun apa-apa”. kata dalm hatinya “Plus,plus ,plus” kali in dengan nada yang kuat. masai juga ada air keluar. Dia ulang lagi, “Plus, plus,plus.” Muluk sudah hilang sabar. Dengan serantak dipukulnya takungan air mangkuk tandas itu dan menjerit “minus!!!!”Tak di sengajakan terpukulnya pemulas takungan air tandas dan terus air keluar menyiram mangkuk tandas itu. “hah tengok kata kawan  ku mau plus, minus pun.” Dia pun angkat keninglah. Kononya dia lagi pandai dari kawan itu. Tapi dia tak mandi, tau kenapa? dia tak tau macam mana dan bahagian mana yang digunakan untuk mandi. ” Ah.susah-susah ,cuci muka sajalah. Muluk mencuci mukanya dengan air yang bertakung di tab mandi. Dia bersiap untuk keluar dan teruskan perjalanannya.

Masuk lokap……..
Muluk meneruskan perjalananya lagi. Dia sudah berputus asa untuk mencari tempat tinggal pakciknya. Nak buat macam mana, nak Tanya orang, tidak boleh juga sebab dia tidak tahu alamat pakciknya Segan juga dia minta orang lain tuliskan almat pakciknya. Yalah diakan lepasan tingkatan lima. Pada zaman si Muluk ni, lepasan tingkatan lima kalau berkeputusan tinggi dalam peperiksaan dah boleh jadi cikgu dah. Boleh jadi pembantu doctor atau apa saja kerja dalam kerajaan Malaysia. Pendek kata dah boleh jamin masa depan kita.
\    Sepanjang hari Muluk hanya duduk saja di sautu tempat yang sunyi.Perasaanya kali ini sudah bercampur-campur, ada perasaan takut, dia sudah mula takut nanti kena ugut lagi. Sunyi, dia berasa sunyi kerana bersendirian. Teringatkan kampumg halaman, rakan-rakan yang baru beberapa hari berpisa denganya. Rindu, rindu dengan ibu bapanya, rindu dengan kegiatan seharianya terutamanya pergi ke laut. Walau pun Muluk seorang yang pemalas tapi kalau kau sebut laut je, dia bersemangat dia memang berminat untuk ke laut. Kerja  yang lain dia malas kecuali pergi laut.
Lamunannya terputus apa bila  terdegar satu bunyi yang kuat tak jauh dari tempatya. “ Apa itu? Tanyanya pada diri sendiri. Dia berdiri, kerana ingin tahu bunyi apa sebantar tadi yang terdengarnya. Dia bergegas ke tampat berlakunya bunyi tu. Terbaliak matanya, perasaan takut menyusupi tubuhnya. ‘ Allahhu Akbar, Astaghfirullahal azzim.” lafaz itu terkeluar dari mulutnya tak henti-henti. Muluk tidak boleh bergerak, kakinya separti digam di tempat dia berdiri di tepi jalan raya aspal itu. Lututnya bergegar. Tubuhnya bergeletar. Tiba-tiba kedengaran suara yang membuatkan Muluk tersedar dari kejutan seketika ini. “ Hey man what are you doing here?” Tanya orang berbangsa asing itu. Muluk menuli ke belakang, dua orang tinggi lampai berkulit putih kerah-merahan boleh kelihatan dari pencaran cahaya lampu di pembahagi jalan bandar itu. Walau pun cahaya lapu sekejap tepecar sekejap hilang disebabkan oleh daun pokok kayu yang ada berbaris di sepajang, jalan, dia  pasti orang ini adalah rakyat asing yang kenali dengan pengilan orang putih  oleh penduduk Sabah. Terkejut jantungnya berdebar semakin kencang. Mulut Muluk kaku tak dapat mengaluarkan suara. “Ah….ah … “ “Oh my god!!! Teriak seorang lagi oaring asing itu setelah melihat mayat yang ber lumuran dara, terbaring di tapi jalan hamper sekali dengan kaki Muluk bahagian kepala mayat itu. Kedua orang asing itu mengenal pasti mayat itu dan alangka terperenjat mereka setelah megetahui mayat itu adalah rakan mereka yang mahu pulang dulu ke hotel penginapan mereka. ‘ Who killed him, you?” Tanya seoarang orang asing itu pada muluk dengan terus memegang kedubelah bahunya. Muluk tercengang. “ N….n. yes” jawab Muluk yang tak pasti betulkah tidak jawapanya itu.Apa yang terfikirkannya adalah empat perkataan bahasa Inggeris yang di hafalnya masa sekolah rendah lagi. “ I’ll call a police officer to apprehend you” kata orang putih tu lagi. “ O.K “ jawab Muluk.Kali ini dengan tenang. Dia fikir  kedua-dua orang putih tu dah faham apa yang jawabnya. sabab sudah berkata-kata  nada suaranya yang lembut.” You will be put in jail”. Sambung orang putih tu lagi. “ Very good” Muluk menjawab bagaikan memahami apa yang diperkatakan oleh kedua orang putih itu. Tidak lama kemudian kerita polis sudah sampai. Polis  terus menggari tangan Muluk “ Awak ada hak untuk berdiam diri. Awak di tahan kerana di tuduh membunuh . apa saja yang awak ketakan akan di catat dan di jadikan bahan bukti di mahkama nanti jika disabitkan kesalahan”.kata polis yang menangkapnya dan terus membawa Muluk  masuk ke dalam kerita.  Berdiri bulu roma Muluk, tubuhnya sejuk.” Apa juga yang dibagitau oleh orang putih tu? kenapa polis menahan saya ? solan yang bermain di fikiran Muluk.
Di balai polis, Muluk di soalsiasat oleh pagawai polis . Muluk hanya menjawap tak tahu. Dia mencarikan kepada pagawai polis itu apa yang sebanarya berlaku, dan kenapa dia berada di tempat kejadian itu. Ketua polis hanya mengangguk-anggukkan kepala. Selasai soalsiasat, Muluk di masukan ke dalam lokap untuk tahanan reman sehinggalah bedah siasat pada mayat orang asing itu dikeluarkan dan membuktikan dia tidak bersalah. Muluk tidur di lokap selama 7 hari.
Di dalam lokap bermacam-macam ingatan yang masuk dalam fikirannya. Barulah dia menyesal dan sedar dengan perbuatannya waktu dia sekolah. “ Kalaulah saya belajar betul-betul. Kalau saya tak tipu kedua orang tua saya, mungkin saya juga separti rakan-rakan saya yang lima orang tu.” Penyesalan tak terhingga yang menyalubungi perasaan Muluk. Tapi bah kata orang, (“Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian dah tak berguna lagi”}.  “Inilah balasan yang aku dapat kerana menipu ibu bapaku”. Muluk tak sedar bajunya sudah basah dengan linangang air matanya tak hentih-hentih.Muluk duduk dengan menundukan kepalanya dicelah dua lututnya.
Balik Kampong………
Kesunyi di dalam lokap itu tiba-tiba dipecahkan oleh bunyi besi yang bergisir. Muluk terbangun di sebabkan oleh bunyi bising tadi. Rupanya dia tertidur masa dia duduk dan menangis tadi. “ Muluk awak sudah bebas, keputusan autopsy bedah siasat pada mayat orang asing itu adalah langgar lari” kata pegawai polis yang membuka lokap itu dan mengiringinya keluar dengan meletakan tanganya ke bahu Muluk. Bagaikan beban yang dipikulnya tiba-tiba hilang, tubuhnya terasa ringan. Taksemana-mana Muluk menadahkan kedua belah tanganya dan berdua kepada Allah S.W.T. kerana terlepas dari tuduhan membunuh, semantara berjalan menuju ke ruang pintu depan balai polis. Oleh kerana dia tidak boleh memberitahu polis alamat pak ciknya di KL. Muluk minta tolong kepada pihak polis untuk menghatarnya ke pelubuhan. Dia dah nekad mau pulang kampong saja daripada sesat di tengah-tengah kesesakan bandaraya KL.
Wassallam….. Terima kasih kerana membaca blog ini.
Cerita ini ditulis bertujuan untuk menyadarkan golongan-golongan remaja dan orang-orang yang egoistic. Jangan marah.. siapa makan lada dia yang merasa pedasnya.
Related Articles

~ oleh myownideasblog di 18 November 2010.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: