Helo dunia!

Front of the Quran

Image via Wikipedia

Makhluk bertanduk, bermata merah

Pada satu malam, saya menghadiri majlis bersanding di kampong sebelah ,Agak-agak 1kilometer dari kediaman saya. hari sudah larut malam. lebih kurang jam12 tenga malam. Semua orang sudah mula balik. Saya  pula baru terfikir nak pulang. Disebabkan terhibur dengan persembahan band, saya tak sedar waktu sudah nak subuh.

Saya mencari kawan saya yang menunggang motosikal besama-sama saya semasa ke majlis itu. Kurang asam  betul kawan saya itu. Dia telah meninggalkan saya. Dia dah pun balik lebih awal. keadaan majlis itu dah mula sunyi. mereka sudah mula berkemas. saya terpaksa berjalan kaki pulang kerana  sudah tiada lagi kendaraan yang lalu pergi ke kampong saya.

Semasa berjalan, keadaan gelap gelita. Saya sudah mula rasa mengantuk. terhuyung hayang saya berjalan. kekedang saya tersungkur apabila terlanggar batu batan yang timbul mara-rata. Dahlah gelap, jalan pun tak bagitu baik. Saya hanya bersulukan  cahaya bintang di langit yang bagitu banyak . Malam itu cuacanya baik ,maklumlah  jalan kampong tidak berturap, apatah lagi berlampu. Sementara berjalan saya bersiul-siul, kedang kalah menyanyi tanpa lirik untuk menghilangkan rasa takut yang sudah mula menyusupi tubuhku.

Malam yang sunyi tiada kedengaran apa-apa. kecuali siulan cengkerik dan desingan rumput di bahagian tepih jalan yang berbelukar.  Tikus-tikus  sedang berkejar-kejaran agaknya, aku sengaja tidak mempedulikan apa yang berlaku disekaliling. Tiba-tiba angin bertiup dengan begitu kencang. Hambusannya mengenai pipiku yang memang sudah rasa sejuk entah kenapa. Dengan hanya beberapa saat sahaja angin itu berlalu sekali tiup sahaja dah  berhenti. Berdiri bulu romaku, terasa separti saya dah nak terbang ketakutan. Tubuhku menggigil kesejukan. saya hairan kenapa tiba-tiba saya rasa seperti itu. Kaki saya mula melangkah dengan laju, bagaikan orang yang berlomba walkathon. Kalau saya berlari nanti ada orang nampak, malu pula saya. Kerana malu saya memberanikan diri untuk terus berjalan. Kakiku melangka semakin  laju, separti berlari sedang anak-anak.  Agak-agak 30 minit berjalan , saya dah terlihat kawasan perumahan kanpongku. Terasa lega sikit, ketakutan pun dah mulah redah.

Setibanya aku  di rumah, saya terus masuk dan mengambil bantal lalu memberbaringkan diriku yang kepenatan. Barulah saya terasa bagitu penat. Dalam beberapa saat sahaja saya berbaring, saya tak tahu apa sudah yang berlaku di sekiling saya.

Beberapa jam berlalu, saya terdengar suara memanggil-manggil namaku. Saya bangun lalu menjengok keluar melui jendela. Di luar  hanya kegelapan malam sahaja yang aku lihat. Lebih kurang jam 2 subuh, Suara itu masi lagi memanggilku, ianya separti di bahagian belakang dapur rumahku. Kawan saya  yang meninggalkan saya kat majlis sanding itu sedang tidur lena. Dia tidak menyadari apa yang berlaku. Saya membuka pintu dan berjalan menuju ke arah suara tersebut. Suaru itu semakin jauh.  Bunyinya garau, ibarat sauara seorang perempun yang telah berusia 80’an. Saya agak sebagitu kerena kedengaran separti dah tak larat mengaluarkan suaranya. Saya terus mengikuti suara itu sehingga ke kawasan yang  tempatnya belum pernah saya melihatnya. Bila saya memerhatikan sekeliling, walau pun  keadaan gelap, tapi saya boleh mengkecam malalui cahaya bintang-bintang di langit, Waktu itu tiada bulan. Malam dah nak subuh agak terang sedikit sudah.

Di depan saya ada sepohon pokok ara yang kelihatan sudah ratusan tahun lamanya. Bila saya melintasi pokok itu seseorang memanggil saya lalu bertanya kenapa saya berjalan tenga-tenga malam buta sebagini. Saya tak dapat menjawap pertanyaan orang itu. Usianya lebih kurang sama separti usia saya. Dalam lingkungan akhir 30’an. saya juga hairan, nak saya bertanya kenapa dia berada di tempat itu , tapi bibir saya terasa keluh, saya tak dapat mengaluarkan suara. Kalau dia yang memenggilku tadi takkanlah bagitu muda?, lagi pun dia ni lelaki. saura yang memanggilku tadi suara perempuan.yang sudah tua. Saya cuba menenangkan diri dan berpura-pura tak terasa apa-apa.

Akhirnya dapat juga saya mengaluarkan suara, saya bertanya kalau dia ada ternampak seorang perampuan tua yang lalu kat situ baru sahaja tadi. Orang itu menjawab dengan menuding jari telunjuknya ke arah atas bukit yang tidak jauh dari pokok ara itu. Dia pergi ke rumah itu katanya. Saya ternampak sebuah rumah usang di situ. Rumah itu bagitu terang sehingga dapat menerangi jalan menuju ke sana. Orang itu mengajak saya ke sana. Katanya dia juga dipanggil ke rumah itu.

Saya berfikir, sama ada nak ikut kesana atau tidak, tetapi  terasa separti ada satu kuasa yang menghalangku untuk berbuat demikian. Saya dah cuba untuk memusingkan badan  saya ke arah belakang. Terasa separti di halang oleh sesuatu badan saya. Saya hanya boleh berjalan kehadapans ahaja.Terkejutnya saya apabila tangan orang itu menyentuh bahuku, sedang saya dalam berfikir. Dia mengiringiku menuju ka rumah usang itu. Kami menyeberangi sebatang sungai yang sudah pun hampir di tepih rumah itu. Di situ ada jambatan kecil, dimana kami meniti melaluinya.

Sampai sahaja di depan rumah itu tiba-tiba muncul lembaga bertanduk, matanya besar dan merah. Lilitan matanya lebih kurang ukuran gelas. Mukanya hodoh, hidunya juga besar, giginya bertaring. Taring sebelah bawa bibirnya itu  panjang sehingga hampir menusuk kedua biji mata besarnya.

Makhluk itu menangkap kedua belah tangaku. Yang satu lagi mengangkat kakiku. Saya meronta-ronta ingin melapaskan diri  dan juga kerana takut. Saya berusaha untuk melapaskan diri. Tiba-tiba saya terlepas dari pegangan makhluk itu lantas saya berlari tak tentu arah, apa yang saya fikir adalah untuk pergi jauh dari rumah itu. Saya menjerit memintak tolong, tapi tiada sesiapa di situ. Kawan  yang saya jumpa di bawa pokok ara itu dan membawa ku ke rumah itu pun dah tak kelihatan lagi. Saya terdiam seketika dan memerhatikan sekeliling. Makhluk itu tidak lagi mengejar saya. saya berlari dan terus berlari. Sudah  bagitu lama rasanya saya berlari. Saya berhenti  untuk berihat. saya dah tak larat lagi untuk berlari. Bila saya mengangakat kepala saya rupanya saya masi lagi di tempat yang sama , di depan rumah usang itu juga. beberapi kali sudah saya melakukanya tetapi di tempat yang sama juga saya berada.

Saya mengambil keputusan untuk mengintai ke dalam rumah itu. Dekat  sebleah luar bahagian dapur rumah itu ada seketul batu yang sudah tercabut. Rumah itu diperbuat dari batu batan yang lebih kurang sebesar kepela saiznya. Ianya seperti rumah zaman Britis lagi. Ruangnya luas. Saya melihat melalui dinding yang berlobang itu.Hapir-hampir saya termunta setelah melihat apa yang makhluk itu lakukan di dapur rumah . Makhluk-makhluk itu mensiat-siat isi daging seseorang yang entah siapa. Saya bertamba takut tubuhku mulah menggigil. Saya berundur untuk melarikan dari sekali lagi. Dengan tiba-tiba terasa ada yang menyentuh bahagian belakangku dan dengan sekilap mata saya terasa terangkat dari tempat dudukku masa mengintai Rupanya makhluk-makhluk itu sudah mengangkat saya dan membawa masuk ke dalam rumah itu. Belum pun sampai ke dapur sudah aku terhidu bau busuk yang teramat sengat sehingga menusuk ke dalam otak ku . Hampir-hampir saya termuntah disebabkan bau busuk itu,  tapi say amenahanya. Saya berpura-pura pingsan masa tu. Makhluk itu meletakkan saya di atas meja penyumbelihan mereka. Di meja itu ada klam di bahagian leher,  bahagian kaki dan tangan pula adalah rantai besih. Saya sedar yang saya tidak ada harapan lagi untuk melepaskan diri. Pada masa itulah saya teringatkan ayat-ayat suci Al-Qur’an. Saya membaca beberapa ayat  yang telahku hafal. Akhir sekali saya membaca ayat Al-Kursi. Saya berserah sajalah kepada yang Esa. Itu sajalah yang boleh saya fikirkan. Saya cuba untuk mengumpul tenaga sementara membaca ayat-ayat suci Al Qur’an berulang kali. Sementara makhluk-makhluk itu mengalilingiku, bagaikan melakukan satu upacara korban, tak pun mereka berpesta kerana ada lagi makanan kegemaran mereka. Setelah selesai  menteraya ketua makhluk itu. Saya rasa sudah bertenaga dengan melaungkan Allahu Akbar  dan dengan serantak saya bangkit dari meja. Rantai ikatan itu terbuka. Lantas saya mengambil peluang itu untuk lari. Saya melompat dari atas meja itu, tapi makhluk itu terlalu ramai. Mereka menangkap saya semula, kemudian memberingkan saya di atas meja itu. Kali ini makhluk itu tidak lagi mengikat saya dengan rantai atau pun mengklamkan leher saya. Masing-masing mengambil tempat, ada yang memegang tangan dan kaki saya. yang satu lagi di bahagian kepala saya. Selepas itu, satu dari pada makhluk-makhluk itu mengambil kapak besar yang tersangkut di dinding behagian dapur itu. Makhluk itu menghayunkan kapak  tersebut untuk memanggal leherku, Saya menjerit dengan sekuatnya, Allahu Akbar. Kemudian saya terasa sikit di bahagian leher saya.  Saya rasa yang leher saya tidak putus, dan saya masi hidup lagi. Sekali lagi saya melaungkan Allahu Akbar, dan terus bangkit dari meja itu. Makhluk itu menghayun semulah kapak di tangannya. Aku sambut kapak itu dan merampasnya dari makhluk yang ingin memanggalku. Saya menghayun-hayunkan kapak itu untuk menakut-nakutkan mereka. Apa bila satu daripada makhluk itu meluruh ke arahku , saya mengangkat kapak tersebut dengan sekuatnya untuk memanggal kepala makhluk itu. Tiba-tiba saya terdengar jeritan ” aduh!!!aduh!!! aduh!!! kakiku!!kakiku!” yang membuatkan saya tersedar dari tidur.

Rupanya saya hanya bermmpi, mimpi ngeri. Rasanya kawan saya telah menandang leherku beberapi kali semasa tidur dan meletlakkan kakinya kat leher ku. Tu yang saya sangkakan kapak tu. Apahal pula dengan bau busuk yang saya terhidu dalam mimpiku itu? Memang sah kaki kawanku yang berbau busuk, sepertiku, datang dari majlis itu, masuk rumah terus tidur tanpa membasduh kaki, tapi kakiku tidak berbau busuk seperti kakinya. Kawan saya hairan dengan tindakan saya tadi. Dia sangka saya betul-betul mara kerana menandangku dan meletak kakinya dekat leherku. Dalah tu, bau busuk lagi. Kalau saya pun saya sedar memang terkena dia dengan pukulanku.

Itulah akibatnya kalau tidak memgingati pepatah orang tua, ‘Basuh kaki dulu sebelum tidur’. Lagi satu, bacalah ayat-ayat suci Al-Qur’an. Sebelum tidur dan setelah bangun pagi. Terutamanya ayat Al-Kursi.

Inilah kisah yang ingin saya kongsikan dengan kamu semua. Semoga terhibur. dan selamat membaca

Wassalam.Segala-galanya hanya Allah sahaja yang Tahu.

~ oleh myownideasblog di 18 November 2010.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: